HURAIAN REKA BENTUK LENCANA SEKOLAH
Warna
KUNING
Mewakili ketaatan dan hormat-menghormati iaitu kepada pemerintah, ketua, guru dan rakan sebaya.
HITAM
Mewakili perpaduan, satu hati danj keberanian mempertahankan Negara dan sekolah.
PUTIH
Mewakili kesucian hati dan peribadi warga SMK Matang dan saling membantu untuk memperbaiki diri masing-masing. Kesucian kepada agama juga perlu dijaga.
BIRU LAUT.
Sumber pendapatan utama penduduk adalah sebagai nelayan di sekitar keharmonian masyarakat Matang.
Simbol
TIRAM
Simbol tiram untuk hubungan pentadbiran, guru dan murid.
CENGKERANG
Kukuh dan kekal. Ia mewakili pihak pentadbiran dan guru-guru yang berperanan membentuk pelajart supaya mempunyai peribadi yang murni. Pentadbir dan guru-guru juga berperanan melindungi pelajar supaya dapat belajar dalam keadaan selamat dan selesa.
MUTIARA
Ia mempunyai nilai tinggi dan berharga. Ia mewakili pelajar SMK Matang seumpama berada di dasar laut yang dapat mengeluarkan pelajar yang berharga dan bersinai seperti mutiara. Mutiara tersebut berharga dan menjadi khazanah yang amat berguna. Begitu juga dengan pelajar SMK Matang perlu di jaga supaya ia menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
BENTUK LIMA SEGI
Mewakili Rukun Islam dan Rukun Negara yang menjadi paksi kehidupan warga Malaysia.
KOTA
Tinggalan sejarah berhampiran SMK Matang dan kekukuhan peribadi pelajar SMK Matang tanpa terpengaruh dengan anasir luar.
BUKU DAN PEN
Media ilmu yang paling penting. Ilmu dapat diasuh melalui media ini. (Pembacaan dan Penulisan).