SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang , Kod AEA 6061 adalah sebuah Sekolah Menengah bantuan penuh . Sekolah ini ialah kategori Sekolah Menengah luar bandar Gred B. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Menengah pertama di kawasan Matang. Sekolah ini telah dibangunkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak diatas kawasan seluas 20.065 ekar pada 09 september 1999. Tapak asal ialah paya keladi dan kolam ikan. Sekolah ini terletak dalam mukim Sg.Limau , Matang,Perak.

Pembinaan Sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung bilangan pelajar di daerah kecil Matang yang semakin bertambah dari semasa ke semasa memandangkan hanya terdapat sebuah Sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang sahaja ketika itu.

Sekolah mula digunakan pada Jun 2003. Kebanyakkan pelajar yang datang ke Sekolah ini terdiri dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah seperti Nelayan. SMK matang terletak 10km dari Bandar Taiping dan 5km dari SMK Simpang. Hampir 100% pelajarnya adalah daripada SMK Simpang. Sekolah ini dipimpin oleh Pemangku Pengetuanya ,Tuan Haji Ali Akbar Bin Ibrahim Gani yang dahulunya seorang kaunselor di SMK Kampung Jambu.

SMK Matang mempunyai beberapa sekolah kacapuri iaitu SK Matang, SK Matang Gelugor, SK Ngah Ibrahim, SJK (C)Khea Wah, SJK (C) Poay Chee, SK Laksamana, SJK (T) Kg.Baru Batu Matang, 
SJK (C) Poay Eng Kuala Sepetang dan SJK (T) Jebong Lama.